03.53
Bab
14 : Azan dan Iqamah
PENGERTIAN
AZAN DAN IQAMAH
- Azan dan
iqamah adalah dua perkara sunat dilakukan sebelum melakukan
mana-mana sembahyang fardhu.
- Azan dari
segi bahasa bermaksud pemberitahuan. Manakala dari segi syara‘
pula diertikan sebagai suatu gabungan perkataan tertentu untuk
mengetahui waktu sembahyang fardhu atau boleh diertikan sebagai
pemberitahuan tentang waktu sembahyang dengan lafaz-lafaz tertentu.
- Iqamah
pula bermaksud sebutan tertentu untuk membangkitkan para hadirin
mengerjakan sembahyang.
HUKUM
AZAN DAN IQAMAH
- Azan dan
iqamah adalah sunnah mu’akkadah secara kifayah sebelum
menunaikan setiap sembahyang fardhu sama ada dilakukan secara
berjama‘ah atau bersendirian, sama ada sembahyang qadha’
atau tunai bagi orang lelaki.
- Bagi lelaki
yang bersembahyang bersendirian, kedua-duanya (azan dan iqamah)
disunatkan secara ‘aini. Bagi kaum wanita pula, sama ada
berseorangan atau berjama‘ah disunatkan melakukan iqamah
sahaja kerana dikhuatiri boleh menimbulkan fitnah dengan meninggikan
suara mereka.
LAFAZ
AZAN DAN ATURAN MELAKUKANNYA
- Lafaz azan
terdiri daripada lima belas kalimah. Ia dilaungkan sebanyak
dua kali bagi setiap lafaz kecuali takbir pada awal azan disebut
sebanyak empat kali dan lafaz kalimah tawhid
hanya sekali sahaja.
- Lafaz
tersebut adalah seperti berikut:

- Pada azan
subuh pula ditambah kalimah
sebanyak dua kali selepas
kali yang kedua.
- Sembahyang-sembahyang
sunat yang dilakukan berjama‘ah seperti sembahyang sunat
hari raya, tarawih dan sebagainya tidak disunatkan azan dan
iqamah. Cuma dilaungkan semasa hendak menunaikannya dengan lafaz
atau pada sembahyang
tarawih diucap
.
SYARAT
SAH AZAN DAN IQAMAH
1. Masuk
waktu sembahyang melainkan waktu Subuh kerana ia mempunyai dua
azan. Azan pertama dilaungkan sebelum masuk waktu iaitu bermula
waktunya selepas berlalu separuh malam.
2. Hendaklah
dengan bahasa Arab, tetapi boleh melakukan azan untuk diri sendiri
dengan terjemahannya sekiranya tidak tahu melakukan azan dengan
bahasa tersebut.
3. Azan
dan Iqamah hendaklah dinyaringkan biarpun didengari oleh salah
seorang daripada jama‘ah ketika sembahyang berjama‘ah.
4. Tertib
dan muwalat di antara lafaz azan dan iqamah.
5. Azan
mestilah dilakukan oleh seorang sahaja.
6. Orang
yang melaungkan azan hendaklah seorang lelaki muslim yang berakal.
PERKARA SUNAT SEMASA AZAN
1. Mu’azzin
hendaklah suci daripada hadath kecil atau hadath besar.
2. Menghadap
ke arah qiblat.
3. Dilakukan
oleh orang yang baik dan merdu suaranya serta nyaring.
4. Dilaungkan
di tempat yang tinggi kecuali jika menggunakan pembesar suara.
5. Dilakukan
secara berdiri kecuali uzur.
6. Memalingkan
muka ke sebelah kanan semasa menyebut
dan ke sebelah kiri semasa menyebut
dengan keadaan dada yang tetap.
7. Melakukan
tarji‘ semasa azan iaitu menyebut dua kalimah secara senyap
sebelum dinyaringkan.
8. Melakukan
tathwib semasa azan subuh iaitu menyebut kalimah
sebanyak dua kali selepas laungan
.
9. Meletakkan
jari-jari tangan di kedua-dua telinga ketika azan dengan tujuan
untuk meninggikan suara.
10. Orang yang mendengar azan hendaklah diam dan mengulangi
apa yang disebut oleh mu’azzin kecuali ketika mu’azzin
menyebut kalimah
dan
,
maka hendaklah dijawab dengan kalimah
.
Begitu juga ketika tathwib, hendaklah dijawab dengan lafaz
.
11. Berdoa
dan salawat ke atas Nabi Muhammad sallallahu ‘alayhi wasallam
selepas azan seperti berikut:

LAFAZ
IQAMAH DAN ATURANNYA
- Lafaz iqamah
mempunyai sebelas kalimah, setiap kalimah diucapkan hanya sekali
sahaja kecuali takbir yang pertama dan akhirnya diulang sebanyak
dua kali. Begitu juga dengan lafaz
yang diucapkan selepas kalimah
juga diulang sebanyak dua kali.
- Lafaz iqamah
adalah seperti berikut:

- Syarat-syarat
iqamah adalah sama seperti azan, tetapi dibolehkan jika dilakukan
oleh kaum wanita sama ada semasa sembahyang bersendirian atau
berjama‘ah sesama mereka.
- Selain
itu, iqamah juga disyaratkan tidak diselangi dengan diam yang
terlalu lama di antaranya dengan takbiratul ihram kecuali sekadar
imam menyuruh agar membetulkan saf. Iqamah hendaklah dilakukan
dengan cepat kerana ia disyari‘atkan bagi memberitahu
mereka yang telah hadir untuk mengerjakan sembahyang.
- Perkara-perkara
sunat semasa iqamah juga hampir sama dengan azan, cuma disunatkan
kepada orang yang mendengar iqamah menjawab dengan kalimah
semasa
bilal menyebut
yang kedua.
AZAN
DAN IQAMAH UNTUK TUJUAN SELAIN SEMBAHYANG
Selain untuk
tujuan sembahyang, azan dan iqamah juga sunat dilakukan untuk
beberapa perkara lain:
1. Azan di
telinga kanan kanak-kanak yang baru lahir, begitu juga sunat diiqamahkan
pada telinga kiri. Ini adalah kerana Nabi Muhammad sallallahu
‘alayhi wasallam sendiri telah mengazankan telinga Hasan
ketika beliau dilahirkan oleh Fatimah.
2. Azan pada
waktu kebakaran, waktu perang dan di belakang orang yang bermusafir.
3. Azan pada
telinga orang yang berdukacita, orang yang jatuh, orang yang marah
atau manusia yang menjadi liar perangainya dan juga orang yang
dirasuk jin atau syaitan.
0 comments:
Posting Komentar